Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Anggota, tempoh jawatan dan elaun
(a)
seorang Presiden dan seorang Timbalan Presiden yang hendaklah dilantik dalam kalangan anggota Perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan;
(b)
tidak kurang daripada lima orang anggota lain yang hendaklah terdiri daripada—
(i)
orang yang merupakan anggota atau yang pernah memegang jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; atau
(ii)
orang yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion
Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan Peguam Bela
Sabah [Sabah Bab 2] atau Ordinan Peguam Bela
Sarawak [Sarawak Bab 110], dan yang menjalankan amalan selama tidak kurang daripada tujuh tahun; dan
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 840
(c)
tidak kurang daripada lima orang anggota lain, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara yang berhubungan dengan gangguan seksual.
(2)
Jika Presiden atas apa-apa sebab tidak boleh melaksanakan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Presiden,
Timbalan Presiden hendaklah melaksanakan fungsi Presiden.
(3)
Presiden, Timbalan Presiden dan anggota Tribunal hendaklah memegang jawatan bagi tempoh selama tiga tahun dan boleh dilantik semula hanya bagi satu tempoh lagi secara berturut-turut.
(4)
Presiden, Timbalan Presiden atau anggota Tribunal boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis tiga bulan kepada Menteri.
(5)
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) dan (c), dan mengisi apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya.
(6)
Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah dibayar apa-apa elaun tetap dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
(7)
Anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) dan (c)
hendaklah dibayar suatu elaun bersidang harian semasa persidangan
Tribunal dan apa-apa elaun penginapan, perjalanan dan sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Kehilangan kelayakan