Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Presiden, Timbalan Presiden dan anggota Tribunal yang dilantik di bawah subseksyen 4(1) hendaklah hilang kelayakan daripada menjadi anggota Tribunal jika—
(a)
orang itu dihukum bankrap oleh suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;
(b)
orang itu diperakui oleh seorang pegawai perubatan yang berkelayakan sebagai tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk meneruskan jawatan;
Antigangguan Seksual 9
(c)
Menteri berpendapat bahawa orang itu terlibat dalam apa-apa jawatan berbayar, komisen atau penggajian yang bercanggah dengan kewajipan orang itu di bawah Akta ini;
(d)
kelakuan orang itu, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Tribunal atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga mencemarkan nama
Tribunal;
(e)
orang itu telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun; atau
(f)
orang itu tidak menghadiri persidangan Tribunal tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran Presiden.
Setiausaha, pegawai dan kakitangan