Malaysia legislation

Section 9

of AKTA ANTIGANGGUAN SEKSUAL 2022

Seksyen 9

(2)

Presiden hendaklah menyebabkan tatacara yang ditentukan di bawah subseksyen (1) ditulis dan disiarkan dalam apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Presiden.

Antigangguan Seksual 11

(3)

Dalam menjalankan prosiding di bawah subseksyen (1),

Tribunal hendaklah mempunyai kuasa untuk—

(a)

membuat perintah interlokutori;

(b)

menentukan keberkaitan, kebolehterimaan dan berat apa-apa keterangan;

(c)

mengambil keterangan bersumpah atau dengan ikrar dan bagi maksud itu seseorang anggota Tribunal boleh mengendalikan suatu sumpah atau ikrar;

(d)

memerintahkan pemberian butir-butir lanjut dalam suatu pernyataan aduan gangguan seksual atau pernyataan balas;

(e)

memerintahkan pemuliharaan dan jagaan interim apa-apa keterangan bagi maksud pendengaran; dan

(f)

memanggil pihak-pihak kepada prosiding atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapan Tribunal untuk memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau selainnya untuk membantu Tribunal dalam pertimbangtelitiannya.

(4)

Suatu saman yang dikeluarkan oleh Tribunal di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan dan dikuatkuasakan seolah-olah saman itu merupakan suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah.

(5)

Tribunal hendaklah menentukan aduan gangguan seksual berdasarkan imbangan kebarangkalian.