Malaysia legislation

Section 53

of AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024

Seksyen 53

Akta 852

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan—

(a)

semua perkara yang berhubungan dengan cara permohonan, pembatalan, penggantungan atau penarikan balik pendaftaran suatu produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;

(b)

semua perkara yang berhubungan dengan butiran yang perlu diberikan oleh pemohon, cara kelulusan, terma, syarat dan sekatan pendaftaran yang akan dikenakan kepada pemohon;

(c)

semua fi yang dikehendaki oleh Akta ini untuk ditetapkan;

(d)

semua perkara yang berhubungan dengan larangan mengenai pengiklanan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;

(e)

semua perkara yang berhubungan dengan larangan mengenai promosi atau tajaan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;

(f)

semua perkara yang berhubungan dengan sekatan dan larangan mengenai penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;

(g)

semua perkara yang berhubungan dengan harga runcit atau harga jualan minimum produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;

Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 47

(h)

semua perkara yang berhubungan dengan pembungkusan dan pelabelan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;

(i)

semua perkara yang berhubungan dengan kawasan atau tempat larangan merokok;

(j)

semua perkara yang berhubungan dengan tatacara mengambil dan mengendalikan sampel dan analisis; dan

(k)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan oleh Akta ini.

(3)

Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda yang tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.