Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(a)
untuk menasihati dan membuat syor kepada Jawatankuasa mengenai dasar, strategi dan langkah strategik yang berhubungan dengan keselamatan siber negara;
Keselamatan Siber 15
(b)
untuk melaksanakan dasar, strategi dan langkah strategik yang dibuat dan arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa atau Kerajaan Persekutuan mengenai perkara yang berhubungan dengan keselamatan siber negara;
(c)
untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan dasar, strategi dan langkah strategik mengenai keselamatan siber negara oleh ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara, entiti infrastruktur maklumat kritikal negara, Entiti Kerajaan atau mana-mana orang lain;
(d)
untuk mengumpul dan menyelaras data, maklumat atau risikan yang berhubungan dengan keselamatan siber negara yang diterima daripada ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara, entiti infrastruktur maklumat kritikal negara, Entiti Kerajaan atau mana-mana orang lain, dan untuk menilai atau menghubungkaitkan data, maklumat atau risikan itu;
(e)
untuk menyebarkan maklumat dan risikan yang disebut dalam perenggan (d) kepada ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara atau entiti infrastruktur maklumat kritikal negara jika Ketua Eksekutif fikirkan adalah perlu untuk berbuat demikian demi kepentingan keselamatan siber negara;
(f)
untuk mengeluarkan arahan kepada ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara, entiti infrastruktur maklumat kritikal negara, Entiti Kerajaan atau mana-mana orang lain mengenai perkara yang berhubungan dengan keselamatan siber negara; atau
(g)
untuk menjalankan apa-apa kewajipan lain yang dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini atau sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa.
(2)
Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau semunasabahnya bersampingan dengan, penjalanan kewajipannya di bawah Akta ini.
Sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara