Malaysia legislation

Section 14

of AKTA KESELAMATAN SIBER 2024

Seksyen 14

(a)

mempunyai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kewajipan dan kuasa

Ketua Eksekutif di bawah Akta ini; atau

Keselamatan Siber 17

(b)

berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang

Ketua Eksekutif mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kewajipan dan kuasa Ketua Eksekutif di bawah Akta ini,

Ketua Eksekutif boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan orang itu—

(A)

supaya memberikan apa-apa maklumat atau butir-butir sedemikian kepada Ketua Eksekutif mengikut bentuk dan cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Eksekutif;

(B)

supaya mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik, kepada Ketua Eksekutif mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Eksekutif;

(C)

supaya membuat salinan apa-apa dokumen sedemikian dan mengemukakan salinan itu kepada Ketua Eksekutif mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Eksekutif;

(D)

jika orang itu ialah seorang individu, supaya hadir di hadapan seorang pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Eksekutif;

(E)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan seorang pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan awam itu untuk hadir di hadapan seorang pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 854

apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Eksekutif; atau

(F)

jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang rakan kongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir di hadapan seorang pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Eksekutif.

(2)

Jika Ketua Eksekutif mengarahkan mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subsekyen (1) dan dokumen itu tiada dalam jagaan orang itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai.

(3)

Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan atau mengemukakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen atau salinan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1), hendaklah memastikan bahawa maklumat, butir-butir atau dokumen atau salinan dokumen yang diberikan atau dikemukakan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak menyedari mengenai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lain yang akan menjadikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang diberikan atau dikemukakan itu tidak benar atau mengelirukan.

Keselamatan Siber 19

(4)

Jika mana-mana orang yang menzahirkan apa-apa maklumat atau butir-butir atau mengemukakan apa-apa dokumen sebagai jawapan kepada notis secara bertulis di bawah seksyen ini, orang itu, ejennya atau pekerjanya, atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya atau di bawah arahannya, tidak boleh, semata-mata oleh sebab penzahiran atau pengemukaan itu, didakwa bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.

(5)

Subseksyen (4) tidaklah menghalang, mencegah atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini atau penzahiran atau pengemukaan maklumat atau dokumen palsu berhubung dengan suatu notis secara bertulis di bawah seksyen ini yang diberikan kepada Ketua Eksekutif menurut seksyen ini.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan Ketua Eksekutif di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.