Malaysia legislation

Section 16

of AKTA KESELAMATAN SIBER 2024

Seksyen 16

Akta 854

Ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara hendaklah, berkenaan dengan sektor infrastruktur maklumat kritikal negara yang baginya ia dilantik, mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menetapkan suatu entiti infrastruktur maklumat kritikal negara di bawah seksyen 17;

(b)

untuk menyediakan suatu tataamalan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 25;

(c)

untuk melaksanakan keputusan Jawatankuasa dan arahan di bawah Akta ini;

(d)

untuk mengawasi dan memastikan bahawa tindakan yang dikehendaki daripada dan kewajipan yang dikenakan ke atas entiti infrastruktur maklumat kritikal negara di bawah Akta ini dijalankan oleh entiti infrastruktur maklumat kritikal negara;

(e)

untuk menyediakan dan menyenggara garis panduan mengenai amalan terbaik berhubung dengan pengurusan keselamatan siber;

(f)

untuk menyediakan dan mengemukakan kepada

Ketua Eksekutif suatu laporan situasi sama ada atas inisiatifnya sendiri atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Eksekutif jika suatu ancaman keselamatan siber atau insiden keselamatan siber telah menjejaskan infrastruktur maklumat kritikal negara dalam sektor infrastruktur maklumat kritikal negaranya; dan

(g)

untuk menjalankan apa-apa fungsi lain di bawah

Akta ini.

Keselamatan Siber 21

Penetapan entiti infrastruktur maklumat kritikal negara