Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara boleh menghendaki Entiti Kerajaan atau orang itu untuk mengemukakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara itu termasuk maklumat yang berhubungan dengan fungsi dan reka bentuk komputer atau sistem komputer yang dimiliki atau dikendalikan oleh Entiti
Kerajaan atau orang itu.
(3)
Tiada Entiti Kerajaan boleh ditetapkan sebagai entiti infrastruktur maklumat kritikal negara oleh suatu ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara yang bukan Entiti Kerajaan.
(4)
Ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara hendaklah memberitahu Ketua Eksekutif mengenai penetapan entiti infrastruktur maklumat kritikal negara yang dibuat di bawah subseksyen (1) bersama-sama dengan butir-butir yang berhubungan dengan infrastruktur maklumat kritikal negara yang dimiliki atau dikendalikan oleh entiti infrastruktur maklumat kritikal negara itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif.
(5)
Ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar entiti infrastruktur maklumat kritikal negara yang telah ditetapkan di bawah seksyen ini mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif.
(6)
Entiti infrastruktur maklumat kritikal negara yang telah ditetapkan di bawah seksyen ini hendaklah melalui notis secara bertulis memberitahu ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negaranya tanpa kelengahan jika—
(a)
entiti infrastruktur maklumat kritikal negara itu berpandangan bahawa komputer atau sistem komputer yang dimiliki atau dikendalikan oleh entiti infrastruktur maklumat kritikal negara itu bukan lagi merupakan suatu infrastruktur maklumat kritikal negara; atau
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 854
(b)
entiti infrastruktur maklumat kritikal negara itu tidak lagi memiliki atau mengendalikan apa-apa infrastruktur maklumat kritikal negara.
Penetapan ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara sebagai entiti infrastruktur maklumat kritikal negara