Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Keselamatan Siber 29
Jika ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara mengarahkan mana-mana entiti infrastruktur maklumat kritikal negara untuk melaksanakan langkah-langkah, standard dan proses untuk memastikan keselamatan siber infrastruktur maklumat kritikal negara yang dimiliki atau dikendalikan oleh entiti infrastruktur maklumat kritikal negara itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara itu hendaklah memastikan bahawa arahan yang diberikan itu adalah selaras dengan tataamalan.