Malaysia legislation

Section 27

of AKTA KESELAMATAN SIBER 2024

Seksyen 27

(a)

memberikan apa-apa perkhidmatan keselamatan siber;

atau

(b)

mengiklankan, atau dalam apa-apa cara mengemukakan dirinya sebagai pemberi suatu perkhidmatan keselamatan siber, melainkan jika dia memegang suatu lesen untuk memberikan perkhidmatan keselamatan siber yang dikeluarkan di bawah

Bahagian ini.

(2)

Menteri boleh menetapkan apa-apa perkhidmatan keselamatan siber yang berkenaan dengannya suatu lesen hendaklah diperoleh di bawah Bahagian ini.

(3)

Bahagian ini tidak terpakai dalam hal jika perkhidmatan keselamatan siber diberikan oleh suatu syarikat kepada syarikat berkaitannya.

(4)

Dalam seksyen ini, “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777].

Keselamatan Siber 31

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Kelayakan bagi permohonan lesen

Section 27 — AKTA KESELAMATAN SIBER 2024 | mylaw.my