Malaysia legislation

Section 32

of AKTA KESELAMATAN SIBER 2024

Seksyen 32

(a)

nama dan alamat orang yang mengambil khidmat pemegang lesen bagi perkhidmatan keselamatan siber;

Keselamatan Siber 33

(b)

nama orang yang memberikan perkhidmatan keselamatan siber bagi pihak pemegang lesen itu, jika ada;

(c)

tarikh dan masa perkhidmatan keselamatan siber yang telah diberikan oleh pemegang lesen atau oleh orang lain bagi pihak pemegang lesen;

(d)

butiran mengenai jenis perkhidmatan keselamatan siber yang diberikan; dan

(e)

apa-apa butir lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Eksekutif.

(2)

Maklumat yang dirujuk dalam subseksyen (1) hendaklah—

(a)

disimpan dan disenggara mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif;

(b)

dipegang simpan bagi suatu tempoh tidak kurang dari enam tahun dari tarikh perkhidmatan keselamatan siber diberikan; dan

(c)

dikemukakan kepada Ketua Eksekutif pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Eksekutif.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pembatalan atau penggantungan lesen

Section 32 — AKTA KESELAMATAN SIBER 2024 | mylaw.my