Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Ketua Eksekutif boleh membatalkan atau menggantung lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 29 jika Ketua Eksekutif berpuas hati bahawa—
(a)
pemegang lesen telah tidak mematuhi mana-mana syarat lesen;
(b)
lesen itu telah diperoleh dengan cara fraud atau salah nyataan;
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 854
(c)
suatu hal keadaan wujud pada masa lesen itu dikeluarkan atau dibaharui yang tidak disedari oleh Ketua Eksekutif, yang mungkin akan menyebabkan Ketua Eksekutif enggan mengeluarkan atau membaharui lesen itu jika
Ketua Eksekutif menyedari hal keadaan itu pada masa itu;
(d)
pemegang lesen telah berhenti daripada menjalankan perniagaan yang berkenaan dengannya pemegang lesen itu dilesenkan di bawah Akta ini;
(e)
pemegang lesen telah dihukum bankrap atau berada dalam penyelesaian atau sedang digulungkan;
(f)
pemegang lesen telah disabitkan atas kesalahan di bawah Akta ini atau kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau
(g)
pembatalan atau penggantungan itu adalah demi kepentingan awam atau keselamatan negara.
Pemindahmilikan atau penyerahhakan lesen