Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Keselamatan Siber 37
(a)
mana-mana premis telah digunakan dalam; atau
(b)
terdapat di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan, perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberikan kuasa kepada pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa untuk penggeledahan dan penyitaan—
(a)
salinan mana-mana buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan;
(b)
mana-mana papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau membayangkan bahawa orang itu mempunyai suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini; atau
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 854
(c)
apa-apa dokumen, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti atau bahan lain yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
(3)
Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
(4)
Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu dipakai, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda-benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi jenayah itu, dan benda-benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
(5)
Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dibuat dengan penuh kesopanan.
(6)
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu di dalam atau di premis yang di dalamnya ia dijumpai.
(7)
Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)
atau mengalihkan mana-mana objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Keselamatan Siber 39
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran