Malaysia legislation

Section 44

of AKTA KESELAMATAN SIBER 2024

Seksyen 44

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan mana-mana objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah

Akta ini telah dilakukan dan bahawa objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah Akta ini, objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu hendaklah dikira dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis kepada alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu telah disita yang menyatakan bahawa tidak ada pendakwaan berkenaan dengan objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6)

dan (7).

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa ia tidak boleh dilucuthakkan boleh secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam milikannya objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis,

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 854

kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dipegang bahawa dia menuntut objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu.

(5)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada seorang Majistret bagi keputusannya.

(6)

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujuk di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dan orang yang daripadanya ia disita untuk hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.

(7)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disebut dalam subseksyen (6) ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret itu hendaklah memerintahkan supaya objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

(8)

Mana-mana objek, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kenderaan, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Ketua Eksekutif dan hendaklah dilupuskan dalam apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua

Eksekutif.

Keselamatan Siber 43

Hak harta mengenai objek, dsb., yang dilucuthakkan