Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
Mana-mana orang yang mengamang, menghalang, merintangi atau mengganggu, atau enggan memberikan akses ke mana-mana premis atau data berkomputer kepada, Ketua Eksekutif atau pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.