Malaysia legislation

Section 56

of AKTA KESELAMATAN SIBER 2024

Seksyen 56

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, mana-mana anggota Jawatankuasa,

Ketua Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dalam masa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, kecuaian atau keingkaran telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.