Malaysia legislation

Section 59

of AKTA KESELAMATAN SIBER 2024

Seksyen 59

Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;

(b)

oleh ejen orang itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau

(c)

oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu, orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja atau ejen orang itu, atau oleh pekerja ejen orang itu.

Pengkompaunan kesalahan

Section 59 — AKTA KESELAMATAN SIBER 2024 | mylaw.my