Malaysia legislation

Section 5

of AKTA KESELAMATAN SIBER 2024

Seksyen 5

(2)

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Perdana Menteri yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

(c)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri;

(d)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan;

(e)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;

(f)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 854

(g)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara berkaitan digital;

(h)

Ketua Setiausaha Negara;

(i)

Panglima Angkatan Tentera;

(j)

Ketua Polis Negara;

(k)

Ketua Pengarah Keselamatan Negara; dan

(l)

tidak lebih daripada dua orang lain yang hendaklah dilantik oleh Jawatankuasa dalam kalangan orang yang mempunyai kedudukan dan pengalaman dalam keselamatan siber.

(3)

Pengerusi hendaklah melantik dalam kalangan anggota

Jawatankuasa seorang Timbalan Pengerusi.

(4)

Ketua Eksekutif hendaklah menjadi setiausaha kepada

Jawatankuasa.

Fungsi Jawatankuasa

Section 5 — AKTA KESELAMATAN SIBER 2024 | mylaw.my