Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
(a)
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
(b)
kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 854
(2)
Ketua Eksekutif boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa
Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Eksekutif suatu amaun tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
(3)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(4)
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Eksekutif, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(5)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—
(a)
tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
(b)
apa-apa dokumen atau benda yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua
Eksekutif, tertakluk kepada terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Eksekutif.
(6)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Eksekutif di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Keselamatan Siber 51
Kuasa untuk mengecualikan