Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan—
(a)
tempoh bagi membuat penilaian risiko keselamatan siber dan menjalankan audit;
(b)
tempoh dan cara bagaimana maklumat yang berhubungan dengan insiden keselamatan siber hendaklah diberitahu kepada Ketua Eksekutif dan ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara;
(c)
perkhidmatan keselamatan siber yang berkenaan dengannya suatu lesen hendaklah diperoleh di bawah Akta ini;
(d)
cara bagi permohonan lesen dan pembaharuan lesen di bawah Akta ini;
(e)
fi yang perlu dibayar di bawah Akta ini;
(f)
kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang digunakan dan kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan di bawah Akta ini;
(g)
apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk ditetapkan.
.
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 854
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda yang tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kecualian