Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa langkah, standard dan proses yang telah dilaksanakan untuk memastikan keselamatan siber infrastruktur maklumat kritikal negara dan dikenakan ke atas mana-mana Entiti Kerajaan atau orang di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 26 hendaklah, selagi ia selaras dengan peruntukan Akta ini, terus berkuat kuasa hingga ia dibatalkan di bawah Akta Majlis Keselamatan
Negara 2016 [Akta 776].