Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
untuk merancang, merumus dan memutuskan dasar yang berhubungan dengan keselamatan siber negara;
(b)
untuk memutuskan mengenai pendekatan dan strategi dalam menangani perkara yang berhubungan dengan keselamatan siber negara;
(c)
untuk mengawasi pelaksanaan dasar dan strategi yang berhubungan dengan keselamatan siber negara;
(d)
untuk menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan
Persekutuan mengenai polisi dan langkah strategik untuk mengukuhkan keselamatan siber negara;
(e)
untuk memberikan arahan kepada Ketua Eksekutif dan ketua sektor infrastruktur maklumat kritikal negara mengenai perkara yang berhubungan dengan keselamatan siber negara;
Keselamatan Siber 13
(f)
untuk menyelia pelaksanaan yang berkesan Akta ini;
dan
(g)
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Jawatankuasa di bawah Akta ini selaras dengan maksud Akta ini.
(2)
Jawatankuasa hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Mesyuarat Jawatankuasa