Malaysia legislation

Section 9

of AKTA KESELAMATAN SIBER 2024

Seksyen 9

Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil

(2)

Jawatankuasa boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa kecil yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Jawatankuasa boleh melantik mana-mana anggotanya atau mana-mana orang lain untuk menjadi pengerusi jawatankuasa kecil yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Jawatankuasa kecil hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa.

(5)

Jawatankuasa kecil hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa kecil itu.

(6)

Jawatankuasa kecil boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa kecil bagi menasihati jawatankuasa kecil mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

(7)

Pengerusi jawatankuasa kecil boleh membenarkan penggunaan suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain bagi maksud apa-apa mesyuarat jawatankuasa kecil.