Malaysia legislation

Section 11

of AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024

Seksyen 11

(2)

Mana-mana anggota Suruhanjaya, kecuali Ketua Setiausaha

Kementerian Pengangkutan tidak boleh, dalam masa dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, membuat apa-apa kontrak perkhidmatan atau menjalankan atau terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan, dalam atau yang berhubungan dengan, penerbangan, melainkan jika dengan kelulusan bertulis Menteri.

(3)

Mana-mana anggota Suruhanjaya yang, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah terhenti menjadi anggota

Suruhanjaya, hendaklah terus tidak membuat apa-apa kontrak perkhidmatan atau menjalankan atau terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan, dalam atau yang berhubungan dengan, penerbangan sehingga tarikh habis tempoh dua tahun dari tarikh pemberhentiannya, melainkan jika dengan kelulusan bertulis Menteri.

Penerusan prosiding