Malaysia legislation
Section 11
of AKTA LANGKAH-LANGKAH BAGI PEMUNGUTAN, PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN CUKAI 2024
Seksyen 11
Pindaan seksyen 13
(a)
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4) Jika seseorang membuat suatu penyata di bawah
Akta ini, penyata itu hendaklah dikemukakan kepada
Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan melalui media elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 57a.”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(6a) Pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (6)
hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah melalui media elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 57a.”; dan
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 863
(c)
dengan menggantikan subseksyen (7) dengan subseksyen yang berikut:
“(7) Bagi maksud seksyen 21b, seseorang yang melupuskan suatu aset yang boleh dikenakan cukai hendaklah menyerahkan pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (6) kepada pemeroleh dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelupusan dan pemberitahuan itu hendaklah disifatkan telah diserahkan kepada pemeroleh pada hari yang pemberitahuan itu dikemukakan kepada Ketua Pengarah mengikut subseksyen (6a).”.
Pindaan seksyen 14