Malaysia legislation

Section 47

of AKTA LANGKAH-LANGKAH BAGI PEMUNGUTAN, PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN CUKAI 2024

Seksyen 47

Seksyen baharu 27a

Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27 seksyen yang berikut:

“Penggunaan perkhidmatan elektronik 27a.  (1)  Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini,

Ketua Pengarah boleh menyediakan suatu perkhidmatan elektronik kepada mana-mana pengguna berdaftar bagi—

(a)

pemfailan atau pengemukaan apa-apa permohonan, penyata, perisytiharan atau apa-apa dokumen lain;

dan

(b)

penyampaian apa-apa notis, arahan, perintah, permit, resit atau apa-apa dokumen lain.

Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 29

(2)

Jika—

(a)

apa-apa permohonan, penyata, perisytiharan atau apa-apa dokumen lain dibuat dan dihantar kepada

Ketua Pengarah melalui perkhidmatan elektronik;

atau

(b)

apa-apa notis, arahan, perintah, permit, resit atau apa-apa dokumen lain yang diperoleh oleh pengguna berdaftar melalui perkhidmatan elektronik,

Ketua Pengarah tidak bertanggungan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh pengguna berdaftar itu atas sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan tidak kira dengan apa jua sifat atau tidak kira bagaimana jua sekali pun berbangkit yang terdapat dalam apa-apa permohonan, penyata, perisytiharan, notis, arahan, perintah, permit, resit atau apa-apa dokumen lain jika kesilapan atau peninggalan itu berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau kegagalan dalam perkhidmatan elektronik itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan itu atau tanpa pengetahuan Ketua Pengarah.

(3)

Apa-apa permohonan, penyata, perisytiharan atau apa-apa dokumen lain yang dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar hendaklah disifatkan sebagai telah difailkan atau dikemukakan pada masa permohonan, penyata, perisytiharan atau apa-apa dokumen lain itu diterima oleh Ketua Pengarah.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “pengguna berdaftar”

ertinya mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan elektronik.”.