Malaysia legislation
Section 50
of AKTA LANGKAH-LANGKAH BAGI PEMUNGUTAN, PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN CUKAI 2024
Seksyen 50
Pindaan seksyen 27
(a)
dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:
“(5) Jika mana-mana orang telah mendapat kawalan ke atas mana-mana barang bercukai atau telah mengimport mana-mana barang bercukai, Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu untuk mengakaunkan barang bercukai itu.”; dan
(b)
dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen yang berikut:
“(6) Jika mana-mana orang tidak mengakaunkan barang bercukai di bawah subseksyen (5) oleh sebab—
(a)
barang bercukai itu telah dijual oleh orang itu;
(b)
barang bercukai itu telah dieksport atau dipindahkan melalui jualan; atau
(c)
barang bercukai itu telah hilang atau musnah,
Ketua Pengarah boleh menaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai jualan yang sepatutnya boleh dikenakan berkenaan dengan barang bercukai itu jika barang itu telah dijual oleh orang itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu tentang taksiran itu secara bertulis.”.
Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 31
Pindaan Jadual