Malaysia legislation
Section 51
of AKTA LANGKAH-LANGKAH BAGI PEMUNGUTAN, PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN CUKAI 2024
Seksyen 51
Jadual kepada Akta ibu dipinda berhubung dengan seksyen 25, dalam ruang (2), dengan menggantikan perenggan 1 dengan perenggan yang berikut:
‘1. Gantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tempoh bercukai yang pertama bagi tiap-tiap orang kena cukai hendaklah bermula dari tarikh dia sepatutnya berdaftar di bawah seksyen 13 dan berakhir pada hari terakhir dua bulan berikutnya dan tempoh bercukai seterusnya hendaklah suatu tempoh selama tiga bulan yang berakhir pada hari terakhir mana-mana bulan dalam mana-mana tahun kalendar.”.’.