Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
untuk melaksanakan dasar dan strategi yang berhubungan dengan perkongsian data yang dibuat oleh Jawatankuasa;
(b)
untuk menyelaras dan memudah cara perkongsian data di bawah Akta ini;
(c)
untuk menasihati dan membuat syor kepada Jawatankuasa mengenai perkara yang berhubungan dengan perkongsian data di bawah Akta ini;
(d)
untuk menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen yang berkenaan bagi maksud melaksanakan kewajipan dan kuasanya di bawah Akta ini;
(e)
untuk mengeluarkan pekeliling atau garis panduan bagi maksud Akta ini; dan
(f)
untuk menjalankan apa-apa tugasan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau semunasabahnya bersampingan dengan, penjalanan kewajipan dan kuasanya di bawah Akta ini.