Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Akta 864
Suatu permintaan bagi perkongsian data boleh dibuat dan diberikan bagi tujuan yang berikut:
(a)
untuk meningkatkan kecekapan atau keberkesanan dasar, pengurusan program atau perancangan dan penyampaian perkhidmatan oleh agensi sektor awam;
(b)
untuk mengurangkan atau mencegah ancaman terhadap nyawa, kesihatan atau keselamatan seseorang, atau ancaman terhadap kesihatan atau keselamatan awam;
(c)
untuk bertindak balas terhadap kecemasan awam;
(d)
demi kepentingan awam; atau
(e)
apa-apa tujuan lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.
Penilaian dan maklum balas agensi sektor awam yang menerima permintaan bagi perkongsian data