Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
sama ada tujuan yang baginya data itu diminta mewajarkan perkongsian data itu;
Perkongsian Data 13
(b)
sama ada perkongsian data itu adalah bertentangan dengan kepentingan awam; dan
(c)
sama ada agensi sektor awam yang meminta data itu mempunyai perlindungan keselamatan dan teknikal yang sesuai untuk memastikan data yang dikongsi tidak boleh diakses atau digunakan tanpa kebenaran.
(2)
Setelah penilaian di bawah subseksyen (1) dibuat, agensi sektor awam yang kepadanya permintaan bagi perkongsian data dibuat hendaklah, dalam masa empat belas hari daripada tarikh penerimaan permintaan itu memberi maklum balas sama ada data yang diminta boleh diberi, dengan atau tanpa syarat, atau ditolak di bawah seksyen 15.
(3)
Jika maklum balas yang dirujuk dalam subseksyen (2)
tidak dapat diberikan dalam tempoh yang dinyatakan, agensi sektor awam yang kepadanya permintaan bagi perkongsian data dibuat hendaklah memaklumkan agensi sektor awam yang membuat permintaan itu—
(a)
sebab maklum balas itu tidak dapat diberikan dalam tempoh yang dinyatakan; dan
(b)
tempoh maklum balas itu akan diberikan.
(4)
Maklum balas dan maklumat yang disebut dalam seksyen ini hendaklah diberikan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Penolakan untuk berkongsi data yang diminta