Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Pembekal data dan penerima data hendaklah—
(a)
memastikan bahawa data yang dikongsikan diurus dan disenggarakan dengan mematuhi apa-apa kehendak undang-undang berkenaan dengan jagaan dan kawalannya yang terpakai bagi data itu;
(b)
mengambil langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan privasi data termasuk—
(i)
perlindungan data daripada apa-apa kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pindaan atau pemusnahan; dan
(ii)
pemeliharaan hak individu yang berhubungan dengan perlindungan data peribadi;
(c)
menyimpan rekod semua butir-butir yang berhubungan dengan data yang dikongsi;
(d)
melaporkan apa-apa perkongsian data tanpa kebenaran kepada Ketua Pengarah; dan
(e)
mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 864
Kewajipan pihak ketiga untuk melindungi data yang dikongsi