Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, mana-mana anggota Jawatankuasa,
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai atau pekhidmat agensi sektor awam atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau yang ditinggalkan olehnya dalam masa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.