Malaysia legislation

Section 26

of AKTA PERKONGSIAN DATA 2025

Seksyen 26

Tanggungan pengarah, dsb., bagi badan berkanun

Akta ini ialah suatu badan berkanun, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi

Perkongsian Data 19

badan berkanun itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal badan berkanun itu atau yang membantu dalam pengurusannya—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan badan berkanun itu; dan

(b)

jika badan berkanun itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau

(ii)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Kuasa untuk mengecualikan