Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PERKONGSIAN DATA 2025

Seksyen 5

(2)

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut:

(a)

Ketua Setiausaha kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara berkaitan digital, yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b)

seorang wakil daripada setiap kementerian;

(c)

seorang wakil Jabatan Perdana Menteri;

(d)

Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan;

(e)

seorang wakil Agensi Keselamatan Siber Negara; dan

(f)

seorang wakil Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 864

(3)

Anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan (2)(b)

hingga (f) hendaklah dilantik oleh Menteri dan Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota itu, melantik seorang anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa apabila anggota itu tidak dapat hadir atas apa-apa sebab.

(4)

Pengerusi hendaklah melantik dalam kalangan anggota

Jawatankuasa seorang Timbalan Pengerusi.

(5)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi setiausaha kepada

Jawatankuasa.

Fungsi Jawatankuasa

Section 5 — AKTA PERKONGSIAN DATA 2025 | mylaw.my