Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
untuk membuat dasar dan strategi yang berhubungan dengan perkongsian data di bawah Akta ini;
(b)
untuk menyelia pelaksanaan yang berkesan Akta ini;
(c)
untuk mengambil atau mengesyorkan langkah atau tindakan pentadbiran yang sesuai bagi menyelesaikan kesulitan atau isu pentadbiran yang timbul semasa pelaksanaan
Akta ini;
(d)
untuk membuat dasar yang berhubungan dengan pangkalan data bagi maksud perkongsian data di bawah Akta ini;
dan
(e)
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Jawatankuasa di bawah
Akta ini selaras dengan maksud Akta ini.
(2)
Dasar dan strategi yang disebut dalam subseksyen (1)
boleh termasuk—
(a)
tatacara untuk memelihara privasi dan kerahsiaan data;
(b)
perlindungan yang berhubungan dengan pengendalian dan penyimpanan data;
Perkongsian Data 9
(c)
kaedah bagi perkongsian data di bawah Akta ini; dan
(d)
rangka kerja pengurusan risiko bagi pengendalian dan penyimpanan data.
(3)
Jawatankuasa hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi