Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Apabila menerima laporan yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan—
(a)
mengaku terima penerimaan laporan itu;
(b)
memberitahu secara bertulis status laporan itu kepada pengguna yang membuat laporan itu; dan
(c)
menilai laporan itu.
(3)
Apabila menilai laporan yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah menolak laporan itu jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu—
(a)
berpendapat bahawa laporan itu bersifat remeh, menyusahkan atau tidak dibuat dengan suci hati atau hal perkara laporan itu adalah kecil; atau
(b)
menentukan bahawa hal perkara laporan itu menjadi atau telah menjadi hal perkara suatu laporan lain yang dibuat kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.
(4)
Jika laporan itu ditolak di bawah subseksyen (3), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah memberitahu secara bertulis pengguna yang membuat laporan itu mengenai penolakan itu.
(5)
Pengguna yang terkilan dengan penolakan laporan di bawah subseksyen (3) boleh, melalui permintaan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu, membuat pertanyaan mengenai penolakan itu kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan dan memberikan sebab mengapa laporannya tidak patut ditolak oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 866
(6)
Apabila menerima pertanyaan bersama-sama sebab daripada pengguna yang terkilan di bawah subseksyen (5), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu boleh mengkaji semula keputusannya yang dibuat di bawah subseksyen (3) dan memutuskan sama ada penolakan itu patut dikekalkan atau tindakan lanjut patut diambil di bawah seksyen 22 atau 23.
(7)
Apa-apa keputusan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang dibuat di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan pertanyaan itu hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang terkilan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.
Laporan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen mengenai kandungan memudaratkan prioriti