Malaysia legislation

Section 22

of AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025

Seksyen 22

Keselamatan dalam Talian 23

(2)

Sebelum tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) habis, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah menentukan atas alasan yang munasabah jika kandungan yang dijadikan tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya di bawah subseksyen (1) ialah kandungan memudaratkan prioriti.

(3)

Jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu menentukan di bawah subseksyen (2) bahawa kandungan yang dijadikan tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya di bawah subseksyen (1)—

(a)

ialah kandungan memudaratkan prioriti, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah, dalam tempoh

Keselamatan dalam Talian 25

sebagaimana yang ditetapkan, menjadikan kandungan memudaratkan prioriti itu tidak dapat diakses secara kekal dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna;

atau

(b)

bukanlah kandungan memudaratkan prioriti, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu boleh, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan, menjadikan kandungan itu dapat diakses semula dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna.

(4)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang membuat laporan berkenaan dengan kandungan itu dan pengguna yang menyampaikan kandungan itu dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.

(5)

Pengguna yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen ini boleh, melalui permintaan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu, membuat pertanyaan mengenai tindakan itu kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

(6)

Apabila menerima pertanyaan daripada pengguna yang terkilan di bawah subseksyen (5), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu boleh mengkaji semula keputusannya mengenai tindakan yang diambil berhubung dengan pertanyaan itu.

(7)

Apa-apa keputusan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang dibuat di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan pertanyaan itu hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang terkilan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 866

Laporan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen mengenai kandungan memudaratkan