Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu menjadikan kandungan itu tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya bagi tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (1), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah, sebelum habis tempoh itu, menentukan atas alasan yang munasabah jika kandungan yang dijadikan tidak dapat diakses itu ialah kandungan memudaratkan.
(3)
Jika pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu menentukan di bawah subseksyen (2) bahawa kandungan yang dijadikan tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya di bawah subseksyen (1)—
(a)
ialah kandungan memudaratkan, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan, menjadikan kandungan memudaratkan itu tidak dapat diakses secara kekal dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna; atau
(b)
bukanlah kandungan memudaratkan, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu hendaklah, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan, menjadikan kandungan itu dapat diakses semula dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna.
Keselamatan dalam Talian 27
(4)
Apa-apa tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang membuat laporan berkenaan dengan kandungan itu dan pengguna yang menyampaikan kandungan itu dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu.
(5)
Pengguna yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah seksyen ini boleh, melalui permintaan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu, membuat pertanyaan mengenai tindakan itu kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.
(6)
Apabila menerima pertanyaan daripada pengguna yang terkilan di bawah subseksyen (5), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu boleh mengkaji semula keputusannya mengenai tindakan yang diambil berhubung dengan pertanyaan itu.
(7)
Apa-apa keputusan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang dibuat di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan pertanyaan itu hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang terkilan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.
(8)
Jika sampai kepada pengetahuan Suruhanjaya bahawa pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu tidak menjadikan kandungan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak dapat diakses dalam perkhidmatannya kepada semua pengguna, walaupun penentuan telah dibuat oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen di bawah subseksyen (2) bahawa kandungan itu ialah kandungan memudaratkan, Suruhanjaya boleh, demi kepentingan awam, mengeluarkan suatu suruhan bertulis kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu yang menghendaki pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu menjadikan kandungan itu tidak dapat diakses secara kekal dalam perkhidmatannya dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam suruhan bertulis itu.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 866
(9)
Mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang tidak mematuhi suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (8) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Laporan kepada Suruhanjaya