Malaysia legislation

Section 24

of AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025

Seksyen 24

(a)

berkenaan dengan apa-apa kandungan yang dipercayainya ialah kandungan memudaratkan yang terdapat dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen tidak kira sama ada suatu laporan telah dibuat olehnya di bawah seksyen 21 kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu berkenaan dengan kandungan yang sama; atau

(b)

berkenaan dengan apa-apa kandungan yang dipercayainya ialah kandungan memudaratkan yang terdapat dalam talian selain dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen.

(2)

Apabila menerima laporan yang dibuat di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan—

(a)

mengaku terima penerimaan laporan itu;

(b)

memberitahu secara bertulis status laporan itu kepada pengguna yang membuat laporan itu; dan

(c)

menilai laporan itu.

Keselamatan dalam Talian 29

(3)

Apabila menilai laporan yang dibuat di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah menolak laporan itu jika

Suruhanjaya—

(a)

berpendapat bahawa laporan itu bersifat remeh, menyusahkan atau tidak dibuat dengan suci hati atau hal perkara laporan itu adalah kecil; atau

(b)

menentukan bahawa hal perkara laporan itu menjadi atau telah menjadi hal perkara suatu laporan lain yang dibuat kepada Suruhanjaya.

(4)

Jika laporan itu ditolak di bawah subseksyen (3),

Suruhanjaya hendaklah memberitahu secara bertulis pengguna yang membuat laporan itu mengenai penolakan itu.

(5)

Pengguna yang terkilan dengan penolakan laporan di bawah subseksyen (3) boleh, melalui permintaan kepada Suruhanjaya, membuat pertanyaan mengenai penolakan itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan dan memberikan sebab mengapa laporannya tidak patut ditolak oleh Suruhanjaya.

(6)

Apabila menerima pertanyaan bersama-sama sebab daripada pengguna yang terkilan di bawah subseksyen (5), Suruhanjaya boleh mengkaji semula keputusannya yang dibuat di bawah subseksyen (3) dan memutuskan sama ada penolakan itu patut dikekalkan atau tindakan lanjut patut diambil di bawah seksyen 25.

(7)

Apa-apa keputusan Suruhanjaya yang dibuat di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan pertanyaan itu hendaklah diberitahu secara bertulis kepada pengguna yang terkilan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

Laporan kepada Suruhanjaya mengenai kandungan memudaratkan