Malaysia legislation

Section 25

of AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025

Seksyen 25

Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya—

(a)

jika kandungan memudaratkan itu terdapat dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen, mengeluarkan suatu suruhan bertulis kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang menghendaki pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu menjadikan kandungan memudaratkan itu tidak dapat diakses secara kekal dalam perkhidmatannya oleh semua pengguna dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam suruhan bertulis itu; atau

(b)

jika kandungan memudaratkan itu terdapat dalam talian selain dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen, mengeluarkan suatu suruhan bertulis kepada pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen yang berkaitan yang menghendaki pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen itu menyekat bahagian yang berkaitan perkhidmatan rangkaiannya dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam suruhan bertulis itu supaya menjadikan kandungan memudaratkan itu tidak dapat diakses secara kekal oleh semua pengguna.

(2)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen menurut suruhan bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah diberitahu secara bertulis kepada Suruhanjaya dan Suruhanjaya hendaklah memberitahu yang sama secara bertulis kepada pengguna yang membuat laporan berkenaan dengan kandungan itu.

(3)

Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen yang kepadanya suruhan bertulis dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu secara bertulis pengguna yang telah menyampaikan kandungan itu dalam perkhidmatannya mengenai tindakan yang telah diambil olehnya menurut suruhan bertulis itu.

Keselamatan dalam Talian 31

(4)

Mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen yang tidak mematuhi suruhan bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(5)

Jika Suruhanjaya menentukan atas alasan munasabah bahawa kandungan yang menjadi hal perkara laporan yang dibuat di bawah subseksyen 24(1) bukanlah kandungan memudaratkan,

Suruhanjaya hendaklah memberitahu secara bertulis pengguna yang membuat laporan itu mengenai penentuannya itu.

Tindakan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atas usulnya sendiri