Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
Sebelum mengeluarkan arahan di bawah subseksyen (1),
Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu notis secara bertulis kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 866
perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen itu dengan menyatakan jenis pematuhan yang dikehendaki.
(3)
Apabila menerima notis secara bertulis di bawah subseksyen (2), pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen itu boleh membuat hujahan berkenaan dengan pematuhan yang dikehendaki, secara lisan atau bertulis, dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
(4)
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira apa-apa hujahan yang dibuat oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen itu sebelum mengeluarkan arahan di bawah subseksyen (1).
(5)
Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen ini.
(6)
Arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah didaftarkan oleh Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan dari tarikh arahan itu dikeluarkan dan hendaklah berkuat kuasa mulai tarikh pendaftaran atau suatu tarikh terkemudian sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam arahan itu.
(7)
Arahan itu hendaklah habis tempoh pada tarikh sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam arahan itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga dibatalkan.
(8)
Suruhanjaya boleh mengubah suai, mengubah atau membatalkan arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini dan tatacara yang dinyatakan di bawah seksyen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan arahan itu.
(9)
Mana-mana pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini melakukan
Keselamatan dalam Talian 35
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Daftar arahan