Malaysia legislation

Section 32

of AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025

Seksyen 32

(a)

mempunyai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa

Suruhanjaya di bawah Akta ini; atau

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 866

(b)

berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang

Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini,

Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan orang itu—

(A)

supaya memberikan apa-apa maklumat atau butir-butir sedemikian kepada Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;

(B)

supaya mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik, kepada Suruhanjaya mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh

Suruhanjaya;

(C)

supaya membuat salinan apa-apa dokumen sedemikian dan mengemukakan salinan itu kepada Suruhanjaya mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;

(D)

jika orang itu ialah seorang individu, supaya hadir di hadapan seorang pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya;

(E)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan seorang pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan awam itu untuk hadir di hadapan seorang pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen,

Keselamatan dalam Talian 37

sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Suruhanjaya; atau

(F)

jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang rakan kongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir di hadapan seorang pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik, mengikut cara dan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh

Suruhanjaya.

(2)

Jika Suruhanjaya mengarahkan mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) dan dokumen itu tiada dalam jagaan orang itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu boleh dijumpai.

(3)

Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan atau mengemukakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen atau salinan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1), hendaklah memastikan bahawa maklumat, butir-butir atau dokumen atau salinan dokumen yang diberikan atau dikemukakan itu adalah benar, tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak mengetahui mengenai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lain yang akan menjadikan maklumat, butir-butir atau dokumen yang diberikan atau dikemukakan itu tidak benar atau mengelirukan.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 866

(4)

Jika mana-mana orang menzahirkan apa-apa maklumat atau butir-butir atau mengemukakan apa-apa dokumen sebagai jawapan kepada notis secara bertulis di bawah seksyen ini, orang itu, ejennya atau pekerjanya, atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya atau di bawah arahannya, tidak boleh, semata-mata oleh sebab penzahiran atau pengemukaan itu, didakwa bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.

(5)

Subseksyen (4) tidaklah menghalang, mencegah atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini atau bagi penzahiran atau pengemukaan maklumat atau dokumen palsu berhubung dengan suatu notis secara bertulis di bawah seksyen ini yang diberikan kepada Suruhanjaya menurut seksyen ini.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

(8)

Mana-mana orang yang dengan sengaja mengubah, menyembunyikan atau memusnahkan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang dia diarahkan untuk memberikan atau mengemukakan menurut notis secara bertulis di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Bukti pematuhan

Section 32 — ONLINE SAFETY ACT 2025 | mylaw.my