Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberikan kuasa untuk penggeledahan dan penyitaan—
(a)
mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis, yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan; atau
(b)
apa-apa dokumen, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan lain yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai perlakuan kesalahan itu.
(3)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
(4)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu dipakai, yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda-benda itu merupakan peralatan atau keterangan bagi jenayah itu, dan setakat yang penggeledahan itu adalah bagi penyiasatan suatu kesalahan benda-benda itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
(5)
Bilamana perlu untuk memeriksa seorang wanita, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang wanita lain dengan penuh kesopanan.
Keselamatan dalam Talian 51
(6)
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu di dalam premis atau bekas tempat ia dijumpai.
(7)
Seorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)
atau mengalihkan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
(8)
Jika suatu penggeledahan di bawah seksyen ini menunjukkan bahawa terdapat apa-apa kelengkapan yang menyebabkan gangguan, radas radio atau kelengkapan yang peka radio, pegawai diberi kuasa itu boleh mengarahkan supaya langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan persekitaran yang bebas gangguan.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran