Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
(2)
Suatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang boleh dilucuthakkan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu walaupun pada hakikatnya tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan atau pelanggaran itu.
(3)
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita dalam penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu hendaklah dikira atau disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh dua belas bulan dari tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan dibuat kepadanya sebelum tarikh itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini.
Undang-Undang Malaysia 60
Akta 866
(4)
Seorang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita di bawah Akta ini dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu tidak boleh dilucuthakkan boleh secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya memberikan notis secara bertulis kepada Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa mengenai tuntutannya.
(5)
Apabila menerima suatu notis di bawah subseksyen (4),
Suruhanjaya atau mana-mana pegawai diberi kuasa itu hendaklah, selepas siasatan yang perlu, mengarahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau merujukkan kes itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen bagi keputusan.
(6)
Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya kes itu dirujuk hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dan orang yang daripadanya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu disita supaya hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, setelah dibuktikan saman itu telah disampaikan dengan wajar, Hakim Mahkamah
Sesyen itu hendaklah meneruskan pemeriksaan kes itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu kepada orang yang berhak kepadanya.
Keselamatan dalam Talian 61
(7)
Mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada
Suruhanjaya atau seorang pegawai diberi kuasa yang hendaklah melupuskannya mengikut cara sebagaimana yang disifatkan patut oleh Suruhanjaya.
Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan