Malaysia legislation

Section 73

of AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025

Seksyen 73

Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah

Akta ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa perlakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang membantu dalam pengurusannya—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan

(b)

jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas

Keselamatan dalam Talian 63

kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau

(ii)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang perlakuan kesalahan itu.

Pengkompaunan kesalahan