Malaysia legislation
Section 81
Seksyen 81
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
(a)
untuk menetapkan sifat yang lain bagi ciri-ciri pesanan peribadi perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan;
(b)
untuk menetapkan tempoh bagi pengguna memperoleh apa-apa maklumat lain mengenai mekanisme berkenaan dengan keselamatan dalam talian yang tersedia dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen;
(c)
untuk menetapkan tempoh bagi penyediaan dan bentuk
Pelan Keselamatan dalam Talian dan maklumat yang perlu terkandung dalam Pelan Keselamatan dalam Talian;
(d)
untuk menetapkan tempoh bagi tindakan yang perlu diambil berkenaan dengan laporan mengenai kandungan memudaratkan yang dibuat kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau kepada Suruhanjaya;
(e)
untuk menetapkan tempoh bagi pengguna membuat pertanyaan berkenaan dengan laporan mengenai kandungan memudaratkan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau kepada Suruhanjaya dan bagi pemberitahuan keputusan berkenaan dengan pertanyaan itu;
Undang-Undang Malaysia 68
Akta 866
(f)
untuk menetapkan tempoh bagi pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen menjadikan kandungan memudaratkan prioriti atau kandungan memudaratkan atau apa-apa kandungan lain dalam perkhidmatannya tidak dapat diakses atau dapat diakses oleh pengguna;
(g)
untuk menetapkan fi yang perlu dibayar di bawah
Akta ini, termasuk apa-apa fi pemprosesan;
(h)
untuk menetapkan bentuk aku janji yang diberikan kepada Suruhanjaya;
(i)
untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian termasuk—
(i)
tempoh dan cara bagi apa-apa rayuan kepada
Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian oleh orang yang terkilan dengan suruhan bertulis, penentuan, arahan atau keputusan yang dikeluarkan atau dibuat oleh Suruhanjaya;
(ii)
tatacara dan penjalanan pendengaran Tribunal
Rayuan Keselamatan dalam Talian;
(iii)
pendanaan Tribunal Rayuan Keselamatan dalam
Talian;
(iv)
tatacara bagi pelantikan anggota Tribunal Rayuan
Keselamatan dalam Talian termasuk pelantikan mana-mana orang untuk bertindak sebagai mana-mana anggota Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian;
(v)
penggajian pegawai Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian;
(j)
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan oleh Akta ini.
Keselamatan dalam Talian 69
(3)
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini boleh menetapkan suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda yang tidak melebihi satu juta ringgit.
Kuasa untuk meminda Jadual Pertama dan Jadual Kedua