Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Keselamatan dalam Talian 15
Jawatan seseorang anggota Jawatankuasa yang disebut dalam perenggan 5(2)(a), (j), (k) dan (l) hendaklah menjadi kosong—
(a)
jika dia meninggal dunia;
(b)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;
(c)
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Jawatankuasa atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga memburukkan nama Jawatankuasa;
(d)
jika dia menjadi bankrap atau tidak solven;
(e)
jika dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(f)
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Menteri secara bertulis;
(g)
dalam hal seseorang anggota Jawatankuasa selain
Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran
Pengerusi secara bertulis;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 866
(h)
jika pelantikannya telah dibatalkan oleh Menteri; atau
(i)
jika peletakan jawatannya telah diterima oleh Menteri.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi