Malaysia legislation

Section 11

of AKTA ILTIZAM KECEKAPAN PERKHIDMATAN KERAJAAN 2025

Seksyen 11

(2)

Ketua Setiausaha Negara hendaklah menyebabkan laporan prestasi perkhidmatan yang dikemukakan oleh ketua entiti

Kerajaan Negeri di bawah subseksyen (1) diperiksa, dinilai dan dipertimbangkan bagi penarafan mengikut kaedah penarafan yang diwujudkan di bawah seksyen 7.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), Menteri hendaklah, selepas berunding dengan Ketua Setiausaha Negara, melantik mana-mana orang dengan kelayakan yang sesuai untuk memeriksa dan menilai laporan prestasi perkhidmatan sesuatu entiti Kerajaan Negeri, dan orang itu hendaklah mengemukakan dapatannya kepada

Ketua Setiausaha Negara.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 867

(4)

Setelah menerima dapatan berhubung dengan laporan prestasi perkhidmatan sesuatu entiti Kerajaan Negeri,

Ketua Setiausaha Negara hendaklah meneliti dan menimbangkan dapatan itu dan boleh—

(a)

memberikan suatu penarafan kepada entiti Kerajaan Negeri itu mengikut kaedah penarafan yang diwujudkan di bawah seksyen 7;

(b)

menentukan insentif atau pengiktirafan yang boleh diberikan kepada entiti Kerajaan Negeri itu; dan

(c)

mengenakan apa-apa syarat bagi perbelanjaan apa-apa insentif yang diberikan kepada entiti Kerajaan Negeri itu.

(5)

Walau apa pun peruntukan Akta ini, Menteri boleh menggunakan laporan prestasi perkhidmatan entiti Kerajaan Negeri sebagai suatu kriteria untuk menentukan pemberian peruntukan kewangan Kerajaan kepada sesuatu entiti Kerajaan Negeri.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “entiti Kerajaan Negeri” ertinya—

(a)

mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, pihak berkuasa atau agensi, bagi Kerajaan Negeri, atau apa-apa entiti lain dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri;

(b)

mana-mana badan berkanun sesuatu Kerajaan Negeri yang ditubuhkan di bawah undang-undang Negeri; atau

(c)

mana-mana pihak berkuasa tempatan dalam sesuatu Negeri.

Laporan Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan