Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Penyampaian perkhidmatan Kerajaan hendaklah berdasarkan
Prinsip Iltizam seperti yang berikut:
(a)
kecekapan perkhidmatan, iaitu penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan mudah dicapai;
(b)
tanggungjawab dalam tadbir urus, iaitu pengamalan budaya kerja beretika dan berprestasi tinggi di semua peringkat entiti Kerajaan dengan menerapkan akauntabiliti, integriti dan ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan kepada individu dan perniagaan;
(c)
reformasi struktur, iaitu pelaksanaan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan dalam entiti Kerajaan dan instrumen kawal selia untuk mengurangkan birokrasi dan untuk menyesuaikannya dengan kemajuan teknologi dan perubahan semasa; dan
(d)
tanggungjawab dalam keberkesanan kawal selia, iaitu tanggungjawab dalam mengurangkan beban kawal selia dengan berpandukan nilai kecekapan, keberkesanan dan keperluan.
Pengurangan beban kawal selia